Klik Untuk Maklumat Lanjut

Unit Kaunseling Kerjaya

KATA ALUAN
INFO UNIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Unit Kaunseling Kerjaya mengucapkan salam perkenalan buat semua pelayar laman sesawang Kolej Matrikulasi Labuan. Unit Kaunseling Kerjaya , Kolej Matrikulasi Labuan merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Labuan.  Unit ini dikendalikan oleh Pegawai Kaunseling merangkap Ketua Unit ini.

Unit ini memainkan peranan yang cukup signifikan kepada sesebuah institusi pendidikan. Kaunselor berperanan cukup besar dalam mengembangkan segala potensi dan keupayaan para pelajar sehingga mencapai impak maksima dalam mendepani arus kehidupan yang mencabar.  Unit ini membuka ruang yang luas kepada semua pelajar untuk mendapatkan segala perkhidmatan yang ditawarkan.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar dididik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat di Malaysia. Perkhidmatan yang diberi kepada para pelajar bagi mendapatkan peluang mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling tanpa syarat.

Ucapan penghargaan dan setinggi terima kasih  kepada pihak pengurusan tertinggi kolej, para pensyarah dan juga seluruh warga kolej yang sentiasa  memberikan sokongan dan menggembeleng tenaga dalam membantu Unit Kaunseling Kerjaya melaksanakan setiap aktiviti dan program  kolej. Tanpa sokongan dan komitmen daripada semua pihak tidak mungkin unit ini akan dapat melaksanakan setiap aktiviti dan program dengan jayanya.

Akhir kata, semoga unit ini akan terus memainkan perannnya sebagai jurutera insan dalam membentuk generasi mampan untuk negara pada masa hadapan.

 

  Zarina Sana

Ketua Unit Kaunseling Kerjaya
Jabatan Pengurusan Pelajar
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia

 


OBJEKTIF

UNIT KAUNSELING KERJAYA

 

  1. Menyampaikan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya secara beretika kepada seluruh warga Kolej Matrikulasi Labuan.
  2. Merancang, melaksana dan menyeragamkan aktiviti dan program di bawah perkhidmatan kaunseling dan kerjaya.
  3. Menggunakan aplikasi kaunseling dan kerjaya dalam membantu meningkatkan kecemerlangan modal insan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.
  4. Membudayakan aplikasi psikometrik dalam perkhidmatan kaunseling dan kerjaya kepada seluruh warga kolej.
  5. Memperkasakan kesejahteraan kognitif, emosi dan tingkahlaku warga kolej.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN UNIT KAUNSELING KERJAYA

  1. Kaunseling Individu
  2. Kaunseling Kelompok
  3. Bimbingan Individu
  4. Bimbingan Kelompok
  5. Konsultansi Keibubapaan
  6. Program, bengkel dan seminar.
  7. Inventori psikometrik
  8. Program Pendidikan Kerjaya