Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2024/2025

Bersempena dengan kemasukan pelajar baharu Kolej Matrikulasi Labuan (KML) bagi sesi 2024/2025, Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) telah dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Labuan bermula pada 1 Julai 2024. Program ini diadakan setiap tahun bagi menyambut kedatangan pelajar baharu, di samping memberi pendedahan tentang kehidupan sebagai pelajar di kolej ini.

Pada 1 dan 2 Julai 2024, suasana di kolej dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk sesi pendaftaran. Sudah pasti ibu bapa yang hadir bersama menaruh harapan yang amat besar untuk melihat anak kesayangan mereka berjaya di sini dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.

Selepas selesai sesi pendaftaran, para waris dijemput untuk menghadiri taklimat waris yang disampaikan oleh En. Mohd Mahyuddin bin Mohd Noordin, Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan. Dalam taklimat tersebut, beliau berkongsi maklumat penting tentang kolej, program pengajian yang ditawarkan, serta hala tuju dan harapan kolej terhadap para pelajar. Selain itu, para waris juga diberikan peluang untuk mengajukan pertanyaan kepada Tuan Pengarah secara langsung. Sesi ini mendapat sambutan yang baik daripada para waris yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kolej dan perjalanan pengajian anak-anak mereka di KML.

Para pensyarah, staf serta barisan fasilitator telah turut serta dengan penuh dedikasi dalam Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) di Kolej Matrikulasi Labuan bagi membantu proses pendaftaran dan pengurusan pelajar baharu berjalan dengan lancar dan selamat.

Pihak kolej mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu bagi sesi 2024/2025. Harapan warga KML agar para pelajar sentiasa fokus, bersemangat dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan di kolej ini.

“Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan” - En. Mohd Mahyuddin bin Mohd Noordin, Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan.

** Klik pautan ini untuk koleksi gambarÂ