Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Karnival Sains KML 2024

Karnival Sains Kolej Matrikulasi Labuan (KML) 2024 anjuran Jabatan Sains KML telah dilangsungkan pada 7-10 Ogos 2024. Pengerusi Karnival Sains pada tahun ini diketuai oleh Encik Mohd Taib Bin Haji Ibrahim dan Encik Mohd Faiz Bin Che Hasan selaku penyelaras. Karnival ini dianjurkan bagi melahirkan para pelajar yang kompeten dalam bidang sains, teknologi, kreatif dan inovatif selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan iaitu modal insan yang berdaya saing selain untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Program ini juga mampu memberi pengalaman menarik kepada pelajar melalui aktiviti yang dijalankan. Beberapa pertandingan seperti Stem Comic, Stem teater dan Bridge-Ton akan mewakili KML ke pertandingan Mascar di KM Pulau Pinang, Stemic di KM Kelantan dan Reka Bentuk Jambatan Lidi di KM Kejuruteraan Johor.

Terdapat pelbagai aktiviti seperti pertandingan, pameran dan gerai jualan yang telah dijalankan sepanjang Karnival Sains KML 2024. Antara pertandingan yang dipertandingkan semasa karnival ialah The Amaze-Tric Race, Video Creative, Rocketeer, IoT, Papivion, Stem Theater, Stem Comic, Stem Creator dan Bridge-Ton. Pertandingan – pertandingan ini telah berlangsung selama satu bulan dan kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir telah diadakan pada 10 Ogos 2024. Selain itu, terdapat juga pertandingan untuk menceriakan karnival ini iaitu pertandingan mewarna Colour Me Up! yang disertai oleh kanak-kanak berusia 5 -12 tahun.

Antara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang Karnival Sains adalah Pameran Sains dan Pameran Agensi Luar. Unit Biologi, Unit Kimia, Unit Fizik dan Sains Komputer telah menyediakan pelbagai permainan, demonstrasi dan interaksi menarik. Hal ini memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung terutamanya kepada lebih 15 wakil guru dan para pelajar dari sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh W.P Labuan. Selain pameran sains, terdapat juga pameran yang dikendalikan oleh bahagian Kaunseling KML, Pembimbing Rakan Dinamik dan Makerspace. Agensi-agensi  luar juga  tidak ketinggalan memberikan sokongan seperti Jabatan Meteorologi, Jabatan Kesihatan Labuan dan Jabatan Anti Dadah Kebangsaan turut hadir mengadakan pameran. Karnival kali ini turut mendapat sambutan daripada masyarakat Labuan dengan kehadiran mereka hadir untuk menyaksikan sendiri semua pameran dan pertandingan yang disediakan.

Sebanyak 40 gerai jualan pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan di kawasan parkir berdekatan Dewan Mutiara. Para pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati pelbagai aktiviti menarik. Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai pilihan lagu menarik dan sembang santai penuh keramahan oleh DJ yang terpilih. Pengunjung turut berpeluang mengabadikan kenangan berfoto dengan rakan-rakan dan keluarga di reruai gambar yang disediakan.

Kemuncak Karnival KML 2024 diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang diadakan pada malam 10 Ogos 2024. Majlis Perasmian Penutup dirasmikan ole Timbalan Pengarah KML, Encik Hasnul Hadi Bin Sariman. Gimik perasmian penutup bertemakan bentuk jam pasir untuk menunjukkan imej simbolik perkembangan sains yang tiada batasan. Majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua pemenang bagi setiap pertandingan. Selain itu, majlis juga diserikan dengan persembahan pemenang Stem teater dan Video Kreatif. Bagi memeriahkan lagi suasana sebanyak 20 cabutan bertuah berbentuk hamper dan wang ringgit diberikan kepada para pelajar yang bertuah.

Diharapkan Karnival Sains KML ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang bagi memberi peluang kepada warga Kolej Matrikulasi Labuan dan pengunjung luar terutamanya dari sekolah-sekolah sekitar Labuan mendapat pengalaman dan pengetahuan yg berkaitan dengan STEM.

** Klik pautan ini untuk koleksi gambarÂ