Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Syabas & Tahniah!!! KML Cemerlang di KonPPI-4

KML telah mencatat kejayaan gemilang dalam KONVENSYEN PENYELIDIKAN, KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DAN INOVASI PENDIDIKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM (KonPPI-4), yang dianjurkan oleh BMKPM dan KMM di A'Famosa Resort Melaka dari 18 hingga 20 Ogos 2024.

Dengan penuh sukacita & bangganya diumumkan bahawa kontinjen KML telah berjaya mengharumkan nama kolej dengan merangkul beberapa anugerah:

 

🏆 Pemenang Anugerah Perak Kategori Inovasi (PPP) - RM600:

Nama Projek: GRAPH SKETCHING KIT (GSK) 3.0
Ahli Pasukan THE LUIS (Unit Matematik): Azlinda binti Tuah (K), Nor Suraya Hussin, Siti Imtiaz Syamimi Abu Talib & Ummisunnaitah Yusof
 

🏆 Pemenang Anugerah Saguhati Kategori KIK - RM300:

Nama Projek: From Zero To Infinity
Ahli KIK - FZTI (Unit Matematik): Muhamad Hilman bin Jamal (K), Siti Syamsiah binti Ali, Norly binti Yusof & Nurliana binti Mohd Radzi
 

🏆 Pemenang Anugerah Saguhati Kategori Inovasi (PPP) - RM200:

Nama Projek: POLAR BOTTLE EASY KIT (PBE-KitV2)
Ahli Pasukan POLARIS (Unit Kimia): Haikal Fitri bin Harun (K), Shakila binti Syed Ibrahim & Amira Qurratulain binti Muhammad Shukri
 

🏆 Pemenang Anugerah Saguhati Kategori Inovasi (Pelajar) - RM100:

Nama Projek: AQUALOG
Ahli Pasukan Nautilus: Therry Enoel Saimon (K), Angel Aierieka Anderik, Nur Aleyyah Balqis binti Sabaruddin & Lydia Farhny binti Abdullah
Pensyarah Pembimbing: Azlinda binti Tuah (Unit Matematik)

 

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu kerja selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.