Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Kursus Peer Assisted Learning (PAL) Tahun 2024

Kursus Peer Assisted Learning (PAL) Kolej Matrikulasi Labuan Tahun 2024 telah diadakan pada 24 Ogos 2024 di Dewan Kuliah 1 Kolej Matrikulasi Labuan. Kursus yang dianjurkan setiap tahun oleh JK PAL KML ini bertujuan untuk memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada semua PAL Leader tentang latarbelakang, konsep, matlamat, dan pelaksanaan program PAL. Selain itu, ia bertujuan untuk menjelaskan peranan, sumbangan dan tindakan susulan yang diperlukan untuk kejayaan program pada Sesi 2024/2025.

Kursus ini menampilkan lima sesi sepanjang hari. Sesi pertama, aktiviti ice-breaking telah dirangka untuk mengeratkan silaturahim di kalangan peserta. Sesi selebihnya memberi tumpuan kepada penglibatan peserta dalam pelbagai aktiviti, termasuk perbincangan dalam kumpulan, cadangan pelaksanaan aktiviti PAL, mencipta slogan pasukan, dan membentangkan hasil kerja mereka.

Secara keseluruhannya, kursus sehari ini telah berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan serta melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyumbang secara berkesan kepada program PAL di KML.Â