Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Pelibatan sebagai Juri Pertandingan Inovasi Dalam dan Luar Negara

Dengan gembira kami kongsikan perkembangan terkini dari JK Inovasi & KIK mengenai pelibatan pensyarah KML sebagai juri dalam aktiviti penjurian pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang Januari hingga Mac 2024.

Tahniah diucapkan kepada para juri cemerlang dari KML yang telah menyertai dalam penilaian pertandingan inovasi tersebut. Bagi pensyarah yang berminat untuk menjadi juri dalam pertandingan dalam dan luar negara, sila berhubung dengan Encik Byron dan menyertai kumpulan juri KML. Melalui kumpulan tersebut, anda akan mendapat panduan daripada mereka tentang proses penjurian untuk pertandingan inovasi. Selain itu, mereka juga menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran sebagai juri. Baru-baru ini, telah diadakan latihan langsung bersama seorang profesor dari Amerika Syarikat yang memberikan banyak ilmu yang berharga tentang inovasi dan penilaian inovasi.

Terima kasih kepada Encik Byron dan pasukannya atas inisiatif dan peluang yang diberikan kepada rakan-rakan pensyarah. Semoga inisiatif ini memberi manfaat yang besar kepada semua yang terlibat.

Ā