Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Jom Baca Bersama 10 Minit 2024 Peringkat Kolej Matrikulasi Labuan

Unit Perpustakaan telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Kolej Matrikulasi Labuan pada 19 April 2024, bermula dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Program bertempat di Aras Bawah Perpustakaan Kolej Matrikulasi Labuan.

Program Jom Baca merupakan program tahunan yang wajib dilaksanakan oleh Unit Perpustakaan sebagai menyokong seruan dari Perpustakaan Negara Malaysia yang menggalakkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia. Program Jom Baca peringkat kebangsaan akan diadakan pada 23 April 2024 yang bertemakan Pembacaan Melestarikan Perpaduan.

Antara pengisian program adalah sesi perkongsian ā€˜My Favourite Readā€™ daripada Dr Abdul Halim Bin Mat Desa, pensyarah Unit Pengurusan Perniagaan dan saudara Iqbal merangkap Pengerusi Kelab Surau Al-Irfan. Dr Abdul Halim juga turut menyumbangkan beberapa buah buku hasil tulisan daripada beliau kepada Unit Perpustakaan. Usai sesi perkongsian, program diteruskan dengan sesi membaca selama 10 minit bersama-sama.

Seramai 100 orang peserta yang hadir ke program Jom Baca pada kali ini. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari Kelab Rakan Perpustakaan. Terdapat beberapa rakan-rakan pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana yang turut hadir bagi menyokong program ini.

Unit Perpustakaan juga membuat liputan secara live melalui facebook live dan mengimbas QR Code bagi peserta yang tidak dapat hadir secara bersemuka.

Program turut dirasmikan oleh Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan.

Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan. Dengan penganjuran program ini, kami dari Unit PerpustakaanĀ  bersama-sama dengan Perpustakaan Negara Malaysia berharap usaha ini sedikit sebanyak mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mengamalkan budaya membaca dan mempunyai fikiran kelas pertama.