Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Pilihan Raya Kolej Matrikulasi Labuan Sesi 2023/2024

LABUAN, 19 OGOS 2023 ā€“ Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) merupakan sebuah badan pelajar yang ditubuhkan di setiap kolej matrikulasi dan JPP khususnya di Kolej Matrikulasi Labuan adalah bertujuan untuk menjadi pengantara antara pihak pengurusan kolej dan pelajar-pelajar berkaitan dengan dasar Kolej Matrikulasi Labuan dan kebajikan pelajar. Pilihan raya JPP ini perlulah dilaksanakan dalam tempoh 50 hari selepas pendaftaran pelajar selaras dengan peruntukan Bahagian III, Seksyen 7, Akta 174, iaitu sesuatu institusi hendaklah menubuhkan JPP yang dipilih melalui kertas undi rahsia atau apa-apa cara lain yang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Jadual Ketiga, Perkara 1(b)). Pilihan raya ini telah diadakan pada 19 Ogos 2023 bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 2.00 tengahari bertempat di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan.

Setiap saluran dipecahkan mengikut kursus iaitu saliran Sains Hayat (SDS) dan Sains Hayat (SES), saliran Sains Fizikal (SDS) dan Sains Fizikal (SES), saliran Sains Komputer (SDS) dan Sains Komputer (SES) dan saliran Perakaunan. Seramai 80 orang sukarelawan yang terdiri pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan bertugas sebagai petugas khas Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej (SPRK). Pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan telah keluar membuang undi pada hari tersebut selepas menghadiri sesi pidato umum pada 16 dan 17 Ogos 2023 oleh calon-calon JPP yang rata-rata petah berkata-kata serta bersungguh-sungguh untuk merealisasikan manifesto masing-masing.

Pengumuman calon JPP yang berjaya diumumkan oleh Pengerusi SPRK iaitu Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan pada jam 8.30 malam, 19 Ogos 2023 yang bertempat di Dewan Mutiara. Sambutan daripada penyokong-penyokong calon adalah sangat memberangsangkan dan penuh bersemangat.

Berikut merupakan barisan JPP Sesi 2023/2024 yang berjaya dilantik.

Ā Sains Hayat (SDS):

  • CARLOS EDUARDO EWIT
  • RONALD SALUTIN
  • JEROM PAWISTA
  • TED HENDRY TIANDY
  • DARREL LEE

Ā Sains Fizikal (SDS):

  • AHMED SYAZWI NAJMI BIN AHMAD NAWATI
  • IAN EZEKIEL JOSTIN
  • UMANG SENGALANG ANAK FAIZUL

Ā Sains Komputer (SDS):

  • CHRIS LAWAI ANTHONY
  • KHIRFITRI BIN ABDUL HALIM

Ā Perakaunan:

  • MUHAMMAD IZZAT BIN ALI AHAD
  • FIONA CHIN YAN YEE
  • NURUL SYAFIQA UMAIRA BINTI LADZARUS
  • SUKI NGU HIENG SIN

Ā Sains Hayat (SES):

  • DANIEL SHAFIE TANJIWAN
  • JENNIFER JOSEPH
  • RENELYN ROFREY

Ā Sains Fizikal (SES):

  • MUHAMMAD SYAHRUL NIZAM BIN JAMIDI
  • SITI KHADIJAH BINTI AMIRUDDIN

Ā Sains Komputer (SES):

  • ADIB AIMAN BIN SURIYONO

Pihak Kolej Matrikulasi Labuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon yang berjaya dan berharap agar barisan JPP yang baharu ini dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan.Ā